Jul 24, 2021
Semalam saya bertindak sebagai host acara petang,
ianya majlis ilmu yang dianjurkan saban petang sejak sebulan lalu,
setiap hari tepat jam 5.00pm, pendiri-pendiri bisnis yang ingin bangkit semula atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan selepas kehilangan mata pencarian berkumpul dalam satu platform berbincang bagaimana menyelesaikan masalah satu sama lain, memberi idea & merancana pelbagai perancangan kehadapan.
Semalam kami mendengar luahan pendiri bisnis dari Langkawi yang menghadapi masalah dengan logistik keluar dari Langkawi, sudahlah mereka menghadapi tekanan dengan perusahaan berasaskan pelancongan, mereka terpaksa mencari jalan mengubah modul bisnis, tapi kebanyakkannya hanya boleh dilakukan secara lokal.
Mereka tidak dapat melebar luas perniagaan ke luar Langkawi, penggunaan platform-platform jualan terkenal seperti Shopee & Lazada terpaksa dikurangkan, kerana produk yang memerlukan servis pengeposan perlu melalui kawalan kastam yang ketat, semua parcel-parcel akan dibuka untuk pengesahan, hal ini agak menyukarkan mereka meneruskan perniagaan. Pejabat Pos juga sering berlaku kesesakkan sehingga perlu berbaris sangat panjang, bagi pengusaha muda yang masih kuat mungkin ia bukanlah halangan besar, namun bagi peniaga yang telah berusia, kemungkinan mereka akan jatuh pingsan semasa bebaris.
Jadi, pengusaha-pengusaha lain telah bersama-sama memberikan idea yang mungkin dapat membantu ???? alhamdulillah.
It's a great activity & opportunity when we all together as one.
Kami berharap dapat bersama anda pula pada sesi yang akan datang. Sesi ini 100% PERCUMA.
Berapa ramai yang mahu ikut serta jika DIGINOM mengelola aktiviti ini setiap minggu?
Sila komen ????
kami ulang, ianya 100% percuma!