Sep 16, 2022
Bug Out Bag, 1 Rumah 1 Beg.
Persediaan Ramalan Banjir, Selangor pertimbang isytihar Darurat Iklim, MB Selangor minta bersiap sedia!
Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim.
Dato Seri Amirudin Shari mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan (Oktober).
Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menyatakan fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.
????: Media Selangor, Berita RTM.